"Pening Kepala, Sentiasa Kehabisan Wang ?

 

Dapatkan Bersama

Panduan Wang Gaji

+

Teknik Urus Hutang

Supaya Anda Dapat Mengurus Wang & Hutang Serentak, Tanpa Perlu Risau Tentang Wang Lagi!

 

 

Bina Simpanan, Sediakan Perlindungan, Buat Pelaburan Dan Uruskan Perbelanjaan Dengan Mudah, Teratur Dan Berkesan!

 

"Panduan Kewangan Yang 'Memang' LAIN DARI YANG LAIN!"

.

Selama ini saya membaca beberapa buku panduan kewangan daripada penulis-penulis tempatan seperti Azizi Ali, Hajah Rohani, Shamsuddin Kadir, Sunthara Segar dan lain-lain lagi.

Jadi, apabila kali pertama membaca tajuk buku ini, saya menganggap ia sama dengan buku-buku perancangan kewangan yang lain.

Namun, apabila dibelek selembar demi selembar buku ini, saya nampak ada perbezaan BUKU ini dengan buku-buku penulis lain.

Di dalam buku ini, penulis menekankan beberapa aspek teknikal dan praktikal yang jarang disentuh oleh penulis lain.

Ia sesuai untuk para graduan yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan sebagai panduan menggunakan wang gaji mereka.

Juga untuk para pekerja yang selalu mengeluh tentang wang gaji mereka yang sentiasa tidak cukup sebelum habis sebulan.


AFYAN MAT RAWI
Islamic Financial Planner (IFP)
www.afyan.com

 

Daripada : Khairulnahar Jamaluddin (KJ)
www.PemikirKaya.com

Perkara : BAGAIMANA MENGURUS WANG DENGAN BETUL TANPA PERLU RISAU TENTANG WANG LAGI ?

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Adakah anda seorang pekerja yang sedang mengalami masalah untuk menguruskan wang?

Atau anda seorang usahawan yang tidak pernah menyediakan gaji untuk diri sendiri hinggakan anda tidak tahu membezakan di antara modal operasi dengan keuntungan?

Atau anda mendapati yang gaji anda kini masih tidak mencukupi biarpun anda telah menyediakan bajet setiap bulan?

Atau kini anda sedang gelisah kerana wang anda tak pernah-pernah cukup, biarpun anda telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mengatasinya?

Atau perbelanjaan anda kini sentiasa melebihi jumlah pendapatan anda?

Jika anda menjawab YA! bagi kesemua persoalan di atas, usah bimbang dan risau kerana sebentar lagi anda akan menemui jawapan yang anda cari-cari selama ini!

"...Wajib Dibaca Berkali-kali...!".

"Bagi mereka yang baru menatap judul buku bertemakan wang gaji ini, jangan cepat mengeluh kerana kandungan buku ini masih relevan kiranya anda bekerja sendiri mahu pun mengendalikan bisnes sendiri.

Untuk pembaca Muslim pula saya syorkan anda membaca dengan teliti Bab 5 tentang cara yang betul menggunakan zakat dalam perancangan cukai pendapatan dari segi spiritual dan juga material.

Dan untuk usahawan atau bakal usahawan penulis ada topik bagaimana melabur dalam perniagaan. Di samping buku ini, satu kalkulator belanjawan turut diberikan untuk memudahkan pembaca merekod dan melaksanakan sendiri pemantauan kewangan mereka.

Hasilnya anda akan mendapat manfaat yang boleh diamalkan setiap tahun selagi masih menjana pendapatan.

Jadi kenapa masih menangguh membelinya?"

Sunthara Segar RFP, Sijil Perancangan Kewangan Islam, BEng (Hons) UKM
Penulis Buku-buku Kewangan , Pendidik Kemahiran Kewangan dan Fasilitator Seminar Kewangan

 

 

 
"Memang SANGAT MEMBANTU Memantapkan Lagi Ilmu Kewangan Peribadi Saya!"

Buku ini agak lengkap untuk mereka yang ingin mempelajari asas-asas pengurusan kewangan peribadi, bermula dari topik simpanan, perlindungan, perbelanjaan, pengurusan hutang, cukai, hinggalah kepada pelaburan.


Memang sangat membantu di dalam memantapkan lagi ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi saya. Terima kasih Khairulnahar.."

.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Usahawan Internet

 

 

 

 

"Aduh, Sudah Banyak Kesilapan Yang Saya Lakukan Di Dalam Pengurusan Kewangan Peribadi!"


Selama ini saya hanya tahu mencari wang yang banyak tetapi tidak tahu cara untuk menguruskan kewangan dengan betul. Sangat rugi! Banyak perkara yang saya terlepas pandang.

Alhamdulillah masih belum terlambat untuk saya berpatah balik dan buku Panduan Wang Gaji oleh saudara KJ sangat-sangat membantu!

Kini saya tidak perlu risau lagi bagaimana untuk menguruskan pendapatan perniagaan saya dengan cara yang betul.

Terima kasih dan tahniah di atas penghasilan buku yang berkualiti!
Adly Mukhtar
Co-Founder at Yosh.my

 

 
 

 

 

TAHUKAH ANDA ?

 

Punca utama seseorang itu menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka Tidak Tahu Menguruskan Wang Dengan Cara Yang Betul!

Ini kerana mereka Tidak Pernah Diajar tentang cara yang sebenar untuk menguruskannya! Akhirnya, ramai yang terperangkap dan terikut-ikut dengan gaya hidup masa kini, bahkan terlalu ramai yang keluar bekerja setiap hari (dari pagi hingga ke malam) semata-mata untuk membayar bil dan menjelaskan hutang pinjaman mereka sahaja!!!

Semua ini terjadi disebabkan tiadanya PANDUAN khusus yang boleh mereka ikuti dalam pengurusan kewangan harian mereka!

 

 

Mari kita lihat kepada FAKTA berikut ...

“Adalah dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang…”

- Abd. Aziz Ibrahim, CFP

 

“…25 % daripada jumlah orang yang diisytiharkan Muflis dalam negara ini adalah pengguna Kad Kredit…”

- Datin Fauziah Mohd Ramly,
Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal
Undang-Undang,
Jabatan Perdana Menteri

 

"72% Pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja..."

- Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi Lembaga KWSP

 

79% Rakyat Malaysia Berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka...

Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka..."

- Kajian Oleh Mastercard Worldwide ke atas Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna

 

Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

Sumber : Bank Negara Malaysia

 

"Ramai yang tiada dana kewangan untuk hari tua..."

-Kajian Oleh CIMB Aviva

 

Lihat fakta dan kajian di atas, sesuatu yang amat mengejutkan! Adakah anda ingin meletakkan nama anda pada senarai di atas? Sudah tentulah TIDAK!

Cuba anda lihat pada laporan berikut pula :-

 

21 April 2009 | EKONOMI

RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara


JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.

 

Persoalannya sekarang, sudahkah anda menetapkan matlamat untuk menyimpan sebanyak itu bagi mengekalkan gaya hidup anda pada masa depan???

Jika belum, apakah tindakan anda kini? Sudahkah anda bertindak???

Apakah anda telah menyediakan pelan dan perancangan kewangan yang bersesuaian dengan KOS SARA HIDUP, matlamat dan keperluan masa depan anda dalam menguruskan kewangan anda pada masa ini???

Jika jawapan anda tidak! maka sudah sampailah masanya kini untuk anda mempelajari kaedah terbaik dalam menguruskan wang dan pendapatan anda supaya ianya dapat diuruskan dengan cara yang BETUL!

Ini kerana hampir tiada langsung panduan khusus yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan wang gaji anda! Sebaliknya, anda akan dapati terdapat terlalu banyak panduan, kaedah dan cara untuk menambah pendapatan dan membuat wang, seperti perniagaan dan program melalui internet, pelbagai bentuk pelaburan, forex, skim cepat kaya dan pelbagai lagi!

Malangnya, lebih ramai yang berminat untuk mempelajari cara untuk mendapatkan wang tanpa terlebih dahulu berusaha mempelajari kaedah yang betul untuk MENGURUSKANNYA!

Maka tidak hairanlah jika hari ini kita biasa melihat semakin ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan biarpun mereka sebenarnya telah membuat lebih banyak wang!

Mereka sangka mereka telah membuat wang, sebaliknya tanpa mereka sedari dalam masa yang sama mereka juga telah membuat lebih banyak hutang!

Lumrahnya pada hari ini, apabila seseorang itu mulai memperolehi pendapatan atau wang yang banyak, tanpa mereka sedari perbelanjaan dan hutang mereka juga turut meningkat! Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila ada di antara mereka yang mendapati kedudukan kewangan mereka kini menjadi bertambah parah!

Ya, bertambah parah dengan tanggungan hutang yang semakin meningkat!
Akhirnya ada di kalangan mereka merasakan semakin besar wang yang mereka terima, maka semakin besar pula perbelanjaan yang dilakukan!
Lalu tanpa segan silu mulalah mereka menggunakan ungkapan "Besar Periuk, Besarlah Keraknya"! bagi menutup kelemahan mereka dalam menguruskan wang dan pendapatan masing-masing!
Persoalannya sekarang,

 

"Adakah Anda Mengurus Wang Dengan Cara Yang Betul?"

 

 

Seharusnya anda tahu bahawa;

" Pengurusan Wang Yang Betul Adalah Dengan Merancang Perbelanjaan, iaitu Merancang Untuk Masa Depan dan Dalam Masa Yang Sama Menyelesaikan Masalah Kewangan Anda ;

MANAKALA

Pengurusan Wang Yang Lemah adalah Berbelanja Melebihi Pendapatan dan seterusnya Terperangkap Dalam Masalah Hutang sebagaimana kajian dan fakta yang telah dinyatakan di atas! "

 

 

Oleh sebab itulah, adalah amat penting untuk anda menguasai ilmu menguruskan wang sejak dari hari pertama anda menerima wang tersebut.

Ini kerana dengan menguasai ilmu tersebut terlebih dahulu, anda bukan sahaja dapat MENYELESAIKAN MASALAH TIDAK CUKUP WANG, tetapi ia juga bakal MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA DENGAN LEBIH BIJAK! Apa yang penting ilmu tersebut akan dapat membimbing kewangan hidup anda hinggalah anda bersara kelak!

Namun begitu, jika baru sekarang anda menyedari kesilapan anda itu, usah risau dan khuatir lagi kerana saya ingin memperkenalkan kepada anda, sebuah ebook yang akan memberikan panduan kepada anda. Mengenai cara-cara yang betul di dalam menguruskan wang, dan seterusnya, akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah KETIDAKCUKUPAN WANG!

 

 


BUKU "PANDUAN WANG GAJI"

Tajuk : "PANDUAN WANG GAJI"

Penulis : Khairulnahar Jamaluddin (KJ)

Format: BUKU FIZIKAL (142 m/s )

Ianya adalah BUKU FIZIKAL bukan elektronik book (ebook), bermaksud....jika anda membelinya, ia akan dihantar melalui kurier Pos Laju ke alamat kediaman atau pejabat anda.

 

Buku ini, akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik pengurusan wang gaji yang betul untuk mereka yang berkerja makan gaji, bekerja sendiri dan juga usahawan yang sedang berusaha memperbaiki pengurusan kewangan masing-masing.

 

Di dalam buku ini nanti anda akan didedahkan dengan :-

Asas dan prinsip penyediaan belanjawan (bajet) yang betul supaya anda dapat memenuhi keperluan kewangan anda setiap bulan.

Kaedah membuat agihan ke atas wang gaji anda bagi membentuk pelbagai bentuk tabungan sewaktu kecemasan, persaraan & juga untuk memenuhi setiap impian anda dengan cara yang mudah, teratur dan berkesan.

Bagaimana untuk memenuhi impian dan kemahuan anda tanpa perlu berhutang? Dan anda juga bakal mengetahui tujuan, faedah dan kaedah menyediakan 3 bentuk tabungan utama yang WAJIB disediakan oleh setiap orang serta implikasinya sekiranya anda tidak menyediakan ketiga-tiga tabung tersebut.

Bagaimana menyediakan sejumlah wang untuk pembayaran insuran dan cukai jalan kenderaan anda setiap tahun tanpa perlu sakit kepala?

Bagaimana untuk melindungi keluarga dan rumah anda daripada bencana kewangan yang tak disangka-sangka!

Mengapa anda perlu menyediakan perlindungan kewangan untuk diri dan keluarga anda?

Ketahui cara, kaedah dan alat kewangan yang betul untuk membuat simpanan, perlindungan dan pelaburan supaya wang gaji anda diuruskan secara bijaksana!

Adakah perlu untuk anda membeli polisi perlindungan insurans/takaful yang dipakejkan bersama simpanan atau pelaburan? Apakah ianya berbaloi untuk wang anda?

Ketahui tujuan sebenar membeli polisi pendidikan untuk anak-anak anda? Dalam keadaan manakah anda perlukannya dan apakah anda perlu membelinya atau sebaliknya?

Bagaimana melaburkan wang gaji anda dan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda mula melabur?

Dapatkan tip yang menguntungkan apabila anda membiayai pinjaman perumahan anda.

Ketahui cara bagaimana untuk meminimakan cukai pendapatan anda? Apa yang perlu anda lakukan dan apakah pelepasan dan rebat yang layak anda tuntut?

Ketahui 10 Prinsip Mudah Berbelanja di Bawah Kemampuan Sebenar bagi menjamin wang gaji anda sentiasa mencukupi!

Pelajari cara penyediaan belanjawan dari wang gaji anda bagi memastikan kesemua komponen seperti simpanan, perlindungan, dan perbelanjaan di sediakan dengan teratur dan berkesan!

 

 

" Jangan Hanya Melihat Pada Apa Yang Saya Katakan,
Tetapi Lihat Apa Kata Mereka Yang Telah
Memiliki dan Membaca BUKU Ini "

 

Apa Komen Perunding Kewangan Tentang Buku ini?.

"Menarik!!! Pembaca Boleh Belajar Panduan Asas Dalam Aspek Perancangan dan Pengurusan Kewangan Yang Komprehensif"

Buku ini merangkumi segala aspek pengurusan kewangan seperti simpanan, pelaburan, perlindungan takaful/insuran, percukaian, pengeluaran zakat untuk keberkatan wang gaji dan tidak lupa motivasi untuk menghadapi musuh-musuh pengurusan kewangan yang sebenar iaitu diri sendiri!

Kupasan yang menarik terutama penerangan berkaitan dengan bab perlindungan takaful di mana penekanan lebih diberikan kepada konsep takaful itu sendiri sebagai perlindungan bukannya pelaburan sepertimana yang di uar-uarkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

Tidak ketinggalan juga penerangan yang menarik berkaitan dengan pelaburan unit amanah yang mana masih ramai lagi yang masih tidak memahami sepenuhnya konsep bagaimana perjalanan unit amanah tersebut dan bagaimana keuntungan atau dividen boleh di perolehi dalam tempoh sederhana dan panjang.


SYABAS kepada saudara Khairulnahar Jamaluddin aka KJ…..semoga buku ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih baik lagi berkaitan pengurusan kewangan dan perlunya menguruskannya dengan cara yang betul dan efektif untuk keperluan semasa, akan datang dan masa depan (persaraan.)



Zulkiflee Mohammad a.k.a ZulBM
Financial Consultant

 

 
 
 

 

Apa Pula Komen Penjawat Awam Setelah Membaca Buku ini?

 

"Kenapa Baru Sekarang Saya Temui Panduan Sebegini?"

Baru sekarang saya tahu rupa-rupanya banyak pelepasan dan rebat cukai yang layak dituntut oleh pekerja makan gaji macam saya!

Selama ini saya hanya membiarkan sahaja wang gaji saya dipotong oleh majikan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) tanpa mengetahui yang sebenarnya ada banyak lagi bentuk pelepasan dan rebat yang layak dituntut seperti yang dinyatakan dalam buku ini.

Buku yang bagus dan bermanfaat, alhamdulillah tip membayar zakat pendapatan memang berkesan dan memberi ketenangan kewangan kepada saya setiap bulan!

MOHAMAD NOOR
Pegawai Pentadbiran Maktab

 

 

 
 

 

Komen Penjawat Awam Yang Lain Pula...

 

"Teori Yang Patut Dipraktikkan!"

Melalui pembacaan buku ini, anda sebenarnya mampu untuk 'lari' daripada masalah kewangan di kemudian hari!

Ianya amat bagus untuk dibaca oleh orang-orang macam saya yang selalu merasakan wang gaji tak cukup pada tiap-tiap bulan.

Buku ini pasti dapat membantu menguruskan kewangan anda yang bermasalah!

 

Zoolzarizi
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
www.ligakampung.com/blog

 

 
 

Komen Mereka Yang Baru Bekerja...

 

"Terima Kasih!!! Panduan Yang HEBAT!"

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada penulis buku ini kerana telah menyediakan panduan yang HEBAT! Sebagai seorang yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, panduan sebegini amat membantu saya dalam menyediakan bajet perbelanjaan saya pada setiap bulan!

Sebelum ini saya tidak pernah terfikir pun untuk mewujudkan Tabung Impian dan Kecemasan untuk diri saya! Tetapi 'Panduan' ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya kedua-dua tabung ini untuk menyelamatkan saya daripada terjebak dengan hutang piutang yang membebankan!

Pelaburan kecil yang saya keluarkan untuk memiliki buku ini amat berbaloi kerana setelah membacanya saya dapat menyelamatkan wang daripada kerugian pada masa depan, bukan setakat ratusan bahkan mungkin mencecah ribuan ringgit sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang lain sebelum ini!

 

Ainol Saadah
Pembantu Tadbir Kewangan

 

 
 
 

 

Komen Dari Seorang Pengurus...

 

"Bukan Sekadar Panduan Wang Gaji..!"

Bagi saya buku ini bukan sekadar panduan untuk menguruskan wang gaji tetapi sebuah panduan untuk menguruskan kehidupan kita pada hari ini!

Semua orang bekerja siang dan malam(termasuk saya), untuk mendapatkan wang bagi menguruskan kehidupan, tetapi tidak tahu, leka serta tidak mengambil berat tentang cara yang betul dalam menguruskan kewangan hidup kita.

Dengan buku ini, ianya akan membimbing dan memandu kita ke arah pengurusan kewangan peribadi yang betul! Lupakan kemewahan sementara dengan hidup berhutang! Sebaliknya pentingkan yang UTAMA! - Pengurusan Wang Yang Betul!

Tahniah, saya ucapkan kepada saudara Khairulnahar di atas penulisan yang hebat ini! Ianya sebuah karya yang tak ternilai dengan wang ringgit!

 

Mohd Suhaimi Jusoh
Pengurus Cawangan
Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Gua Musang.

 

 
 
 

 

Anda telah membaca komen daripada mereka yang telah mendapatkan buku ini. Kini! anda juga berpeluang untuk mendapatkan panduan yang sama dan mendalami ilmu pengurusan kewangan peribadi yang berkesan ini!

Dengan mendapatkan buku ini dan mengamalkannya, saya percaya anda tidak perlu lagi risau kerana selepas itu anda akan beroleh idea untuk menguruskan wang anda berdasarkan keperluan dan matlamat kewangan yang telah anda tetapkan.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah DAPATKAN buku ini, BACA, FAHAMKAN segala ILMU yang terdapat di dalamnya dan AMALKAN. Insyallah, masalah yang anda hadapi di dalam menguruskan wang anda akan dapat diatasi dengan mudah dan lancar.

 

APA KATA PEMBACA AWAL YANG TELAH MEMBELI VERSI E-BOOK SAYA SEBELUM INI...

 

INI EMAIL PEMBACA YANG TELAH SAYA TERIMA...

 

PENGALAMAN HIDUP SAYA..

Buku ini sebenarnya ditulis adalah berdasarkan pengalaman hidup saya. Dahulu, saya juga seperti anda, baru tamat belajar, cari kerja, dapat kerja, apabila dapat wang gaji, kesemuanya habis dibelanjakan. Semua orang tahu bahawa hari yang paling mengembirakan adalah ketika menerima gaji! Malangnya hari-hari yang berlalu selepas itu taklah seindah mana!

Kenapa? Ini kerana saya mendapati gaji sentiasa tak cukup! Bila wang tak cukup, saya selesaikannya dengan membuat pinjaman peribadi, dengan harapan dapat menyelesaikan sedikit masalah kewangan semasa! Tapi masalah lain pula yang timbul. Tak cukup wang nak bayar hutang dan perbelanjaan bulanan pula! Lalu saya ambil keputusan buat kerja 'part-time' untuk dapatkan wang tambahan!

Yang peliknya bila wang bertambah hutang juga mulai bertambah!..Oh!. ini tidak boleh jadi, saya mesti lakukan sesuatu untuk keluar daripada masalah ini!!!

Tetapi, alhamdulilah.. berkat ILMU daripada pembacaan yang luas serta pengalaman menceburkan diri dalam bidang insuran, takaful dan unit amanah serta mengikuti Kursus Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) (salah satu kelayakan yang diperlukan untuk diiktiraf sebagai pengamal kewangan profesional), telah banyak membantu merubah kewangan hidup saya.

Jika dulu saya tidak mampu untuk membuat sebarang simpanan walau hanya RM1 sebulan, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya sudah mampu menyimpan RM2,000 setiap bulan tanpa menghadapi sebarang masalah! Apa yang menariknya ianya telah dilakukan oleh saya sejak 20 tahun yang lalu.(anda boleh mencongak dan mengira sendiri berapakah jumlahnya sekarang!)

Alhamdullilah, selain berjaya membuat simpanan, mendapatkan polisi perlindungan, serta melabur dalam beberapa produk dan alat kewangan, saya juga telah berjaya melangsaikan hutang pinjaman peribadi dan pinjaman pelajaran saya hanya dalam tempoh 4 tahun biarpun tempoh keseluruhannya menjangkau 10 tahun! Semua itu berjaya saya usahakan berbekalkan ilmu yang terdapat di dalam buku "Panduan Wang Gaji" ini!

Bukan sekadar itu sahaja, berbekalkan ILMU yang terdapat di dalam buku ini juga, kini saya tidak perlu lagi berhutang di sana sini untuk memenuhi impian dan kemahuan saya. Saya juga berjaya menjimatkan wang gaji saya daripada membayar terlalu banyak cukai dan dalam masa yang sama, mampu membeli sebuah rumah teres "double storey" bernilai lebih suku juta (RM350,000) dan apa yang lebih penting... saya dan keluarga boleh hidup tenang dan bahagia tanpa perlu risau tentang wang lagi!

 

 

Jadi Berapakah Harga BUKU Ini?

Jika dengan buku ini anda dapat (1) menyediakan belanjawan atau bajet bulanan dengan betul dan juga dapat (2) mengumpul dan menguruskan simpanan anda dengan baik & teratur, dan akhirnya dapat (3) menghilangkan masalah kewangan anda, serta membantu anda di dalam (4) merancang dan menguruskan kewangan anda dengan lebih baik. Berapakah harga yang patut saya letakkan bagi ILMU yang terkandung di dalam buku ini?

Sudah pasti paling kurang saya akan meletakkan buku ini pada harga mencecah puluhan dan ratusan ringgit! sebagaimana panduan kewangan lain yang berada dalam pasaran masa kini.

Tetapi saya tidak sanggup untuk meletakkan harga yang tinggi seperti itu,(biarpun ada yang berpendapat ianya terlalu MURAH jika dibandingkan isi kandungannya yang sangat berkualiti!) kerana saya mahu anda benar-benar berjaya di dalam menguruskan wang anda. Namun begitu, saya juga tidak boleh memberikan ia secara percuma kerana ilmu yang percuma seringkali dianggap sebagai tidak bernilai! Pada masa yang sama saya juga terpaksa menanggung kos penerbitan dan percetakan yang tinggi!

Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan harga buku ini pada harga yang mampu dimiliki oleh semua orang iaitu pada harga hanya ....

RM40.00

(Ya! hanya RM40 sahaja termasuk Kos Penghantaran)

 

Ya! hanya RM40 sahaja...SEBELUM harganya dinaikkan Pada Harga Berikutnya!!! Ayuh, BELI SEKARANG JUGA!!!

"TAPI Tunggu Dulu...!"

Dapatkan Tawaran Di Bawah

 

Jadi, jika anda inginkan masa depan kewangan yang lebih baik dan teratur tanpa perlu bersusah payah dikemudian hari, saya amat menyarankan anda untuk mendapatkan ebook ini sebagai panduan lengkap kepada penyelesaian masalah pengurusan kewangan anda.

Dengan memiliki ebook ini nanti, sudah tentulah anda akan dapat menguruskan wang gaji anda degan lebih mudah, teratur dan berkesan! Dan sudah tentulah ianya akan membuatkan fikiran dan jiwa anda berada dalam ketenangan dan kebahagiaan. Jadi, apa tunggu lagi!

Dapatkan segera naskah anda sekarang juga!

Semoga anda mendapat manfaat dari ilmu yang saya berikan kepada anda.

Semoga anda berada dalam ketenangan kewangan sentiasa!

Salam kejayaan!

Yang ikhlas,

     

Khairulnahar Jamaluddin (KJ)

Perancang Kewangan, Affiliate RFP (MFPC),

NLP Practitioner (NFNLP, Florida, USA)


P.S: Buku ini berharga RM40, kos yang sama apabila anda sekeluarga pergi makan KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut dan pelbagai lagi. Bukankah lebih bijak untuk anda mendapatkan buku ini demi mendapat ketenangan fikiran untuk kewangan anda! Ketahuilah bahawa nikmat menguruskan kewangan yang teratur adalah jauh lebih baik dan berkekalan berbanding nikmat mengunjungi restoran makanan segera! Yang satu menambah ilmu kewangan manakala yang satu lagi mengurangkan wang anda! Tempah Sekarang!

P.P.S : Dengan hanya mengeluarkan RM40 pada hari ini, anda bukan sahaja dapat membetulkan semula kedudukan kewangan dan pendapatan gaji anda sebaliknya ianya bakal merubah masa depan kewangan anda menjadi lebih teguh dan stabil! Mungkin inilah pelaburan terbaik yang pernah anda buat dalam hidup anda setakat ini. Jadi kenapa tidak anda Beli Sekarang!

P.P.P.S : Kini terserah kepada anda 100% untuk membuat pilihan. Sama ada ingin mengubah hidup anda menjadi senang atau sebaliknya. Semuanya terletak di tangan anda kerana PANDUAN yang bakal mengubah hidup anda telah berada di depan mata anda. Yang menariknya harga yang ditawarkan pula adalah yang paling MENGUNTUNGKAN! Bertindaklah dan dapatkanlah buku ini sekarang juga!.. Insyaallah, masalah kewangan yang anda lalui sebelum ini mungkin akan selesai dan anda boleh mulai menarik nafas lega selepas itu. Dapatkannya Sekarang!

P.P.P.P.S : Cuba anda bayangkan, jika anda masih lagi menguruskan wang anda tanpa bimbingan dan panduan yang betul, anda akan terus berada dalam masalah kewangan yang berpanjangan, risau, gelisah dan sebagainya. Walaupun anda mempunyai pendapatan yang besar, dalam masa yang sama anda juga mempunyai tanggungan hutang yang jauh lebih besar! Mungkin juga kini anda tidak memiliki pendapatan yang mencukupi hanya kerana anda gagal menguruskannya dengan betul. Tetapi sampai bilakah anda ingin berada dalam kesempitan hidup sedemikian? Jadi dapatkanlah panduan daripada buku ini yang bakal merubah pengurusan kewangan gaji anda! Beli Sekarang Juga!

"Jangan sekali-kali mengikuti tabiat orang yang gagal, orang yang gagal mempunyai tabiat suka berlengah dan suka mencari alasan untuk tidak berjaya..."